Powered By Blogger

Wednesday, April 27, 2011

PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011






Program ini berkonsepkan pendidikan luar dan menghargai alam semulajadi, berdikari di samping pemupukan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan. Seramai 396 orang ahli kadet terlibat. Wakil SK Cenderawasih ialah Kopral Muhammad Farhan B. Nik Shamsudin.
Objektif program ini adalah :
1. Memberi peluang berinteraksi dan latihan kepimpinan
2. Melatih ahli-ahli berdikari
3. Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan berdisplin
4. Mengaplikasikan kemahiran melalui aktiviti luar
5. Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal
6. Memilih calon-calon untuk mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.

28 Mac - 31 Mac 2011 (Isnin hingga Khamis)
Bertempat di Pusat Ko Kurikulum Kampung Sega, Raub, Pahang
Lapor diri 8:00 pagi Isnin
Sampai di Kuantan 7:40 malam Khamis

Acara yang dipertandingkan ialah memasang dan membuka khemah, ikhtiar hidup (memasak), kawad kaki individu, Azan, Hafazan, Kawad / bantu mula (CPR) dan malam kebudayaan.

Pencapaian kadet Kopral Muhammad Farhan telah berjaya merangkul Johan Keseluruhan Daerah Kuantan, ANUGERAH EMAS terpilih ke Peringkat Kebangsaan, serta Tempat Ketiga Kawad Kaki Individu.

No comments:

Post a Comment