Powered By Blogger

Wednesday, April 27, 2011

PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011






Program ini berkonsepkan pendidikan luar dan menghargai alam semulajadi, berdikari di samping pemupukan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan. Seramai 396 orang ahli kadet terlibat. Wakil SK Cenderawasih ialah Kopral Muhammad Farhan B. Nik Shamsudin.
Objektif program ini adalah :
1. Memberi peluang berinteraksi dan latihan kepimpinan
2. Melatih ahli-ahli berdikari
3. Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan berdisplin
4. Mengaplikasikan kemahiran melalui aktiviti luar
5. Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal
6. Memilih calon-calon untuk mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.

28 Mac - 31 Mac 2011 (Isnin hingga Khamis)
Bertempat di Pusat Ko Kurikulum Kampung Sega, Raub, Pahang
Lapor diri 8:00 pagi Isnin
Sampai di Kuantan 7:40 malam Khamis

Acara yang dipertandingkan ialah memasang dan membuka khemah, ikhtiar hidup (memasak), kawad kaki individu, Azan, Hafazan, Kawad / bantu mula (CPR) dan malam kebudayaan.

Pencapaian kadet Kopral Muhammad Farhan telah berjaya merangkul Johan Keseluruhan Daerah Kuantan, ANUGERAH EMAS terpilih ke Peringkat Kebangsaan, serta Tempat Ketiga Kawad Kaki Individu.

PRA KEM DI SK PELINDUNG KUANTAN




Pra kem bertujuan persediaan kadet sebelum menyertai Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Pahang 2011.
Diadakan di SK Pelindung Kuantan
25 Mac 2011 (Jumaat)

PERKHEMAHAN PERDANA KRS & TKRS PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2011






Kenaikan pangkat Kopral Muhammad Farhan B. Nik Shamsudin dan Lans Kopral Muhamad Idham B. Zaipa
Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
22 - 24 Februari (Selasa - Khamis)

SISTEM PANGKAT TKRS 2011

SISTEM PANGKAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK CENDERAWASIH 2011

GURU BESAR : PN. KAMARIAH BT. NAN
(KOMANDAN TKRS)

PENOLONG KANAN : EN. MAHADI B. SORAPE
KOKURIKULUM (TIMBALAN KOMANDAN TKRS)

GURU PEMIMPIN : PN. SITI NOR RAFIDAH BT. SAID
(KETUA PEGAWAI PLATUN)

PEGAWAI PLATUN :

PN. SITI AISHAH BT. MUHAMMAD SAIRI
PN. FARIZAH BT. ABD. HALIM
PN.SAHLAWATI BT. MAJID
PN. WAN MARAINI BT WAN OMAR
PN. HAMIDAH BT. AHMAD LATPHY
EN. MOHD HAFIZULLAH ARIS
EN. AHMAD SAFWAN B. ABD. WAHAB
PN. NORZLINA BT. MOHD KHIR
PN. NURUL FARIZAN CHE KAMARUDDIN
PN. RAHIMATUN AZMA BT. ROSLAN
PN. NAJAH BT. MOHAMAD
PN. ZAIDAH BT. TEH
PN. NAZIFAH BT. PUTEH @ ABDULLAH

PENGERUSI : AHMAD FARHAN NABIL B. RAZMAN
(KOPERAL TKRS)
NAIB PENGERUSI : MOHD ADIB AIMAN B. NOR AFANDI
(LANS KOPERAL TKRS)
SETIAUSAHA : MUHD ANAS ALIZAN FIRDAUS B. MUHD ASRI
BENDAHARI : AIMAN HAKIM B. TAJUL RAHIM

AHLI JAWATANKUASA KECIL :

AHMAD SYAZWAN DANIEL B. FADZIL MUHD ALIF FIRDAUS B. YUSOF WOO
MUHD IZZAN ZAYANI B. MOHD ROSLI AHMAD MUSTAQIM B. JASMI
MUHD MUSTAQEEM B. SULTAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).

Menyedari keperluan ini Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan SK Cenderawasih sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.